VLE Frog tingkat minat bidang STEM

Kaedah PDP interaktif pacu pendidikan negara ke tahap lebih tinggi

Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) perlu diterapkan seawal peringkat sekolah rendah agar murid lebih memahami kepentingan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan, berkata Frog VLE mendedahkan murid dengan maklumat dan komunikasi (ICT) secara optimum dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) di sekolah.

Beliau berkata, perkara ini secara tidak langsung memberi kefahaman kepada murid mengenai kepentingan STEM pada masa kini dan masa hadapan, sekali gus memupuk minat mereka dalam bidang berkenaan.

“Untuk mencapai status negara maju, kita amat memerlukan lebih ramai khususnya generasi muda untuk membabitkan diri secara aktif dalam bidang STEM.

“Sehubungan itu, saya yakin kaedah PDP yang interaktif terutama bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mampu menggandakam minat mereka dalam bidang STEM sekali gus membawa pendidikan negara ini ke puncak lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bilik Bestari Frog VLE di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Selangor (1), baru-baru ini.

Sekolah perintis

Yang turut hadir ialah Guru Besar SK Jalan Selangor (1), Razwan Mohd Zin; Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama, Norfaridah Abu Bakar dan Pengarah Eksekutif Frogasia, Yeoh Pei Luo.

Terdahulu, SK Jalan Selangor (1) adalah antara sekolah perintis yang menggunakan Bilik Bestari Frog VLE sejak mula diperkenal pada 2013 oleh Yayasan YTL.

Pengubahsuaian bilik darjah kepada Bilik Bestari Frog VLE di sekolah berkenaan menelan belanja sebanyak RM55,000 hasil sumbangan daripada lima bank, termasuk RHB, OCBC, Ambank, Maybank dan UOB.

Perhebatkan bilik darjah anda dengan FrogPlay  

MEMUPUK SIKAP POSITIF TERHADAP PEMBELAJARAN

Proses menimba ilmu memerlukan sikap positif  dan berani mencuba!

Melalui permainan mini FrogPlay, proses pembelajaran menjadi seronok dan pelajar  dapat belajar mengikut kemampuan sendiri.

Kebolehan untuk mengambil semula kuiz akan mendidik pelajar menjadi lebih cekal dalam mencapai kecemerlangan akademik.

MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN KENDIRI

Serlahkan potensi seorang pelajar abad ke-21!

FrogPlay memberi peluang kepada pelajar untuk lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka dengan adanya akses kepada semua kuiz.

Ia juga memberi kebebasan kepada pelajar untuk merancang pembelajaran mereka berdasarkan maklum balas daripada laporan kemajuan.

MEWUJUDKAN PELUANG UNTUK BELAJAR DIMANA-MANA SAHAJA, PADA BILA-BILA MASA

Anda hanya perlukan teknologi dan kreativiti untuk menggunakan FrogPlay dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang tiada penghujungnya!

FrogPlay boleh juga digunakan semasa kelas ganti, di dalam makmal komputer selepas tamat  waktu persekolahan, atau di rumah anda sendiri.

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑